Pages

Friday, November 2, 2012

Gerakan mudah untuk bakar kalori: Punca Penyakit Jantung

Gerakan mudah untuk bakar kalori: Punca Penyakit Jantung: Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol? Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penya...

Monday, October 22, 2012

Punca Penyakit Jantung

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?

Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

Apa perbezaan antara sakit jantung dengan strok?

Apa perbezaan antara sakit jantung dengan strok?

 Sakit jantung terjadi apabila terdapat pengurangan aliran darah ke otot jantung, yang biasanya disebabkan oleh plak dan darah beku. Strok pula terjadi apabila berlaku gangguan terhadap bekalan darah ke otak, yang mungkin disebabkan oleh darah beku atau pembuluh darah pecah. Strok boleh membawa kepada kematian serta merta atau kecacatan kekal.

Maklumat tambahan (Sumber: Familydoctor.org):

Para penyelidik menemui bahawa paras homosistin yang tinggi dalam darah akan menyebabkan arteri rosak dan darah lebih mudah menjadi beku. Bekalan nutrien yang cukup amat penting dalam pengawalan paras homosistin tersebut.

Jantung Sihat Sepanjang Hayat

 Jantung Sihat Sepanjang Hayat

Tahun lepas dilaporkan bahawa terdapat 9,000 kematian di hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Ia merupakan 22.5% dari jumlah kematian yang direkodkan. Ini memberi gambaran sebenar mengenai gaya hidup moden yang meliputi diet, senaman, waktu bekerja dan penggunaan produk tembakau. Kita memakan makanan segera yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat murni. Kita kurang bersenam kerana sibuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin. Ramai yang masih merokok walaupun harga rokok naik tiap-tiap tahun.

Sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup kita. Menjalani gaya hidup saya memerlukan komitmen.

Ingat, penyakit jantung dan strok tidak menyerang mereka yang gemuk sahaja. Orang kurus juga diserang penyakit jantung dan strok. Orang gemuk yang bertenaga (fit) mempunyai risiko mengidap penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding dengan orang kurus yang lemah. Untuk menjadi bertenaga, anda perlu menjalani gaya hidup sihat.

Jika kita selalu bersenam, makan dalam kuantiti sederhana, makan makanan seimbang, tidak meminum alkohol, tidak merokok dan mempunyai rehat yang cukup, besar kemungkinan jantung kita akan kekal sihat untuk tempoh masa yang lama.

Hidup Sihat - Jantung Sihat

Berhenti Merokok

Para penyelidek telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?

Harungi Hidup Dengan Tenang

Para doktor telah mengesahkan bahawa perasaan dan tindakan kita akan memberi kesan kepada jantung kita. Fenomena baru di Malaysia ialah kerja terlalu kuat. Ramai eksekutif dan staf yang bekerja hingga larut malam dan menjadi tertekan. Di Jepun, ramai juga eksekutif yang mati kerana kekurangan rehat. Pandangan kita terhadap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kita juga boleh menimbulkan tekanan. Untuk membantu anda membina pandangan baru, sila lawat blog saya di http://www.mymotivasi.com.

Sunday, October 21, 2012

Cantik & Sihat

Olaraga sering kali tergendala disebab kan banyak alasan. Paling sering didengarkan adalah kurangnya fasiliti atau kemudahan untuk ber olah raga dan tidak kurang juga tiada masa terluang untuk melakukan aktiviti tersebut.

Ini semua, alasan lazim yang digunakan untuk meninggalkan aktiviti penting ini. Alasan sebegini tidak sepatutnya timbul jika anda benar- benar pentingkan soal kesihatan tubuh badan.
Gerakan mudah secara sambilan sahaja pun boleh dikira sebagai aktiviti menyihatkan yang boleh membakar kalori. Apa yang penting, niat dan motivasi mesti kuat. Berikut adalah beberapa gerakan ringan yang boleh membakar kalori dengan banyak. Cukup hanya melakukannya selama lima minit sahaja. Cubalah!

Lompat
Melompat bukanlah hal yang sukar. Hanya dalam lima minit melompat, anda boleh membakar sebanyak 68 kalori. Bayangkan kalau anda dapat melakukannya dengan lebih lama.

Lari
Tidak perlu lari dengan intensiti yang tinggi. Berlari santai boleh juga dilakukan selama lima minit di dalam taman, mahupun di laman rumah. Anda boleh bakar 62 kalori. Gabungan berlari dan melompat juga sudah boleh membantu membakar lebih banyak kalori bukan?
Kerja rumah
Selain membersihkan rumah, aktiviti menyapu, mengelap habuk, mengemas dan sebagainya boleh juga membakar 34 kalori. Dalam tempoh 30 minit anda mengemas keseluruhan rumah sudah banyak kalori yang dapat dibakar. Badan lebih ringan dan segar walaupun hanya membuat kerja rumah kan? Jadi, jangan malas bersihkan rumah anda.

Menari
Memang seronok bila dapat menari tapi dalam masa yang sama dapat mengeluarkan banyak peluh. Ternyata menari juga boleh membakar kalori. Sekurang-kurangnya dalam tempoh lima minit, anda boleh bakar 45 kalori
.
Membeli-belah
Aktiviti ini memang paling digemari wanita. Kegiatan ini memerlukan anda aktif bergerak dan berjalan. Lima minit boleh membakar 22 kalori, dan tentunya aktiviti ini lebih banyak memakan masa bukan, apatah lagi apabila anda berniat untuk berpusing-pusing di seluruh kompleks membeli-belah.

Naik tangga
Jangan benci pada tangga. Pilihlah tangga berbanding eskalator atau lif. Ini kerana, lima minit menaiki tangga anda boleh kurangkan 36 kalori dari tubuh anda.

Regangan
Melakukan aktiviti regangan pada bola memerlukan keseimbangan tubuh. Bukan hanya ia boleh membuatkan otot tubuh lebih lentur, latihan dengan menggunakan bola keseimbangan ini boleh membakar sebanyak 58 kalori. Bermain ping pong Gerakan aktif dalam permainan ini boleh membakar sebanyak 23 kalori. Tentu kebiasaannya anda tidak hanya bermain ping pong dalam masa lima minit bukan. Sekurang-kurangnya anda akan bermain satu permainan sehingga tamat. Bukan hanya menyenangkan tetapi juga boleh
mengurangkan kalori di dalam tubuh.
Bangkit tubi (push-up)
Sambil menonton TV di rumah, apa kata anda berbaring seketika dan ambil masa lima minit anda untuk membuat push-up. Jangan risau ketinggalan babak menarik dalam rancangan kegemaran anda. Ambil masa membuat push-up ketika iklan sedang berlangsung, anda akan membakar sebanyak 45 kalori.

Memasak
Mengolah bahan makanan menjadi suatu hidangan enak bukan sahaja boleh membuatkan seluruh ahli keluarga gembira, namun sebenarnya dalam tempoh lima minit anda memasak sahaja sudah dapat membakar sebanyak 26 kalori.

 haaa......:-) nanti ikut la cara "Cta" ni k daa.....